Friday, March 9, 2012

Tapai dan cara membuatnya.

 Tapai.Makanan tradisional Malaysia yang kian dilupakan.Mungkin la kan ada yang di antara anda yang tidak pernah merase ataw melihat sekali pun.Ok lah.Sebenarnya tapai ni  ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.
    Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulutragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai yang dibungkus dengan daun pisang.Tapi tapai sekarang nie ade jugak letak dalam bekas makanan....ala macam bekas dadih.
    Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain. Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.Untuk pengetahuan,air tapai juga boleh dibuat bahan dalam makanan.Apabila ayam diperap dengan air tapai,ia boleh menggantikan madu.Ini kerana rasanya yang manis.(Tetapi madu lebih manis.Kalau madu habis kt rumah,gunakan air tapai sebagai peganti.)
(contoh resepi ayam yang diperap dengan air tapai)
  
   Mengikut kepercayaan orang tua dahulu..kira nya pantang larang lah...Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam. Bagi wanita yang 'datang bulan' juga tidak boleh membuat tapai ini kerana rasa yang akan terhasil daripada pembuat tadi tidak 'jadi'atau masam dan sebagainya.(Tak taw lah betul ke tidak)
    Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan kerana rasanya yang terlalu manis biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh dicampurkan dengan santan kelapa dan dimasukkan sedikit ais.(Lebih sedap apabila ia ditambah santan...yum!)
    Tapai yang dibungkus dengan daun pisang. Sedapppp.......
gambar tapai pulut yang dibalut dengan daun pisang.....

Bahan-bahan ( 12 org makan kot )

  • 1 kg beras pulut
  • 1/2 biji ragi- ditumbuk halus
  • daun pisang @ daun getah @ daun keladi kalau tak ada bekas plastik pun boleh

Cara-cara

  1. tanak pulut. untuk tanak pulut supaya tak lembek ialah sukat dulu pulut dengan cawan dan kira bilangannya jika 5 cawan pulut maka air juga mesti 5 cawan
  2. apabila dah masak masukkan pulut dalam dulang dan rata2kan
  3. tunggu sejuk dahulu, barulah ayakkan ragi diserata permukaan pulut tadi, kemudian terbalikkan pulut dan ayakkan ragi dipermukaan yang belum kena,
  4. setelah semua bahagian kena ragi, bungkuslah dengan daun pisang, peram 2 hari..(kalau pakai bekas makanan pun boleh....)

     nampak macam senang kan!tetapi jgn disangka....hendak membuatnya amat susah...ikutkan setiap bahan mesti kene ada kualiti nya....kebanyakan orang yang baru nk buat tapai ni gagal...biasa lah tu...gagal tangga kejayaan.....


      Sekarang cara untuk membuat tapai ubi pula...
    
Bahan-Bahan:
1½ kg ubi kayu
1 biji ragi
Daun pisang secukupnya
Cara:
Kupas kulit ubi kayu dan basuh hingga bersih. Potong ubi sederhana kecil kemudian rebuslah sehingga empuk. Setelah cukup empuk (tidak terlalu empuk), angkat dan toskan airnya. Kemudian sejukkan sebentar. Sebelum ragi digunakan, jemur dulu untuk seketika. Kemudian hancurkan ragi dan tabur pada ubi yang telah sejuk hingga rata. Buat begini satu-satu hingga selesai. Lapiskan sehelai daun pisang ke dalam sebiji pasu tanah atau belanga tanah. Kemudian aturkan ubi yang telah ditaburkan dengan ragi tadi. Tutup dengan sehelai daun pisang lagi. Kemudian tutupkan pula dengan penutup pasu. Bungkuskan pasu dengan kain kemas-kemas. Setelah tiga hari, bolehlah dimakan atau disimpan di dalam peti sejuk unutk nikmati rasa yang lebih enak.(kalau ditambah santan lagi sedap...)

gambar tapai ubi.......
ok lah...sampai sini sahaja lah kisah tapai....Selamat berlatih...
Sedap dipandang,sedap dimakan
Tapi jangan lupakan sesuatu,
Bismillah pun tak baca....hahahahhaha

Labels: ,

Saturday, April 9, 2011

NewComers

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia!
yeah!! tu words from kakak aku. hari ni bukanlah first
time aku menceburi bidang blogging ni. sebelum ni aku
ada blog cuma dah lama ditinggalkan. dan ini bukan post
aku yang first. tapi yang ketiga. yang sebelum2 ni aku
da delete. oke, cuma nak try2 je. hopefully kawan2
seangkatan dapatlah tolong. kalau tak boleh, boleh2kan
jugak! aku ni orang baru lagi.

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
aku ni budak baru nak belajar,
kalau ada yang kurang tolong2lah tunjukkan.